BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN
REKA BENTUK PENGAJARAN
Asalnya definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.
Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.
Sementara itu, definisi lain pula adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994). Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk pengajaran adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat bidang utama iaitu;
· Reka bentuk sistem pengajaran.
· Reka bentuk strategi pengajaran.
· Reka bentuk mesej pengajaran.
· Ciri-ciri pelajar.

Reka Bentuk Pengajaran
Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Bersepadu (Integrated Instructional System Design)
Terdapat lima peringkat dalam model ini;
Peringkat Pertama:
Penentuan Isi Kandungan Pelajaran
Daripada sukatan pelajaran, guru perlu menentukan apakah tajuk yang akan disampaikan. Sumber rujukan seperti buku teks, buku rujukan, media dan guru pakar adalah sumber-sumber yang dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan yang sesuai dan terkini.
Peringkat Kedua:
Membina Media Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu menganalisis isi kandungan pelajaran dan membina media yang sesuai untuk membantu penyampaiannya. Sekiranya media pengajaran telah disediakan di pusat sumber sekolah (PSS), guru harus mengetahui bagaimana membuat pemilihan media yang sesuai dan tepat dengan keperluan isi kandungan. Sekiranya perlu membina media pengajaran sendiri, guru perlu mengetahui sedikit sebanyak asas pembinaan media pengajaran seperti penggunaan kaedah pendekatan sistem dan model reka bentuk pengajaran tertentu (contohnya Model ASSURE).
Peringkat Ketiga:
Merancang Pengajaran
Satu persediaan pengajaran perlu disediakan untuk memudahkan guru menyampaikan isi kandungan pelajaran melalui strategi pengajaran yang telah dipilih dan mengintegrasikan penggunaan media pengajaran. Persediaan pengajaran harus mempunyai beberapa elemen tertentu seperti objektif pengajaran, apa yang dilakukan oleh guru, penggunaan media, cara pelajar bertindak balas dengan guru dan kaedah pengajaran yang digunakan untuk mencapai objektif pengajaran.
Peringkat Keempat:
Pelaksanaan Pengajaran
Peringkat ini adalah peringkat yang paling penting di mana berlakunya proses pembelajaran yang telah dirancangkan secara sistematik. Peranan guru dan media pengajaran adalah membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen penting dalam peringkat ini adalah seperti; menyampaikan maklumat dan contoh, latihan dan maklum balas, motivasi, pengayaan dan pemulihan, penilaian dan aktiviti susulan (kerja rumah).
Peringkat Kelima:
Proses Pembelajaran
Kejayaan sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada perancangan yang sistematik. Sekiranya proses pembelajaran berlaku, maka perubahan tingkah laku pelajar dapat dilihat sama ada dari segi sikap, kemahiran psikomotor atau pengetahuan dalam bidang tertentu. Sekiranya objektif pengajaran tidak tercapai, maka guru harus mengkaji semula kaedah pengajaran yang dilakukan termasuk media pengajaran yang digunakan. Guru perlu mengulang semula pengajarannya dan memastikan objektif pengajaran tercapai sepenuhnya (mengulang kaji pelajaran contohnya).
Kepentingan Reka bentuk Pengajaran.
Reka bentuk pengajaran adalah satu disiplin dalam pendidikan yang memberikan tumpuan kepada memberikan kefahaman terhadap proses pengajaran dan cara-cara meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan luas dalam kaedah pengajaran akan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengajaran. Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran untuk individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar. Guru yang masuk ke kelas tanpa menyedia dan merancang pengajaran akan kehilangan pengajarannya dan dalam beberapa keadaan tidak dapat menilai apa yang telah diajarnya.
Reka bentuk pengajaran adalah merupakan suatu cabang dalam bidang Teknologi Pendidikan. Teknologi pendidikan adalah satu cara pemikiran dan juga menentukan matlamat-matlamat pendidikan yang boleh dicapai oleh pelajar. Ia adalah satu proses yang menggalakkan guru membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan media. Teknologi pendidikan juga merupakan satu proses bersepadu yang melibatkan manusia (guru dan pelajar), prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah, mereka bentuk, melaksana, menilai dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aspek-aspek pembelajaran manusia. Kadang kala teknologi pendidikan dikaitkan dengan penggunaan alat-alat seperti komputer, televisyen, radio dan pelbagai media lain sebagai bahan bantuan kepada guru dalam menyampaikan maklumat.
Refleksi
reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.