asas grafik
Pengenalan
Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.
Perkataan grafik sebenarnya berasal daripada perkataan perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik menjadi suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej.
Penggunaan grafik pada masa ini diterapkan dalam media elektronik yang disebut sebagai ‘grafik interaktif’ atau ‘grafik multimedia’. Multimedia merujuk kepada perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio, dan video.

kenapa warna penting bagi kita
Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik.
Salah satu fungsi warna dalam seni grafik ialah melahirkan kesan atau pengaruh tertentu. Banyak mitos mengenai warna cuba dibuktikan pada masa kini dengan kajian saintifik. Semuanya menjurus kepada kesan dan pengaruh warna kepada benda-benda hidup. Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka, warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.
Manakala warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-tumbuhan. Nyata warna-warna dingin ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.
Mewujudkan perasaan harmoni juga merupakan fungsi warna dalam seni grafik. Warna dikatakan dapat memberikan berbagai-bagai pengertian estetik dan psikologi. Warna dapat menimbulkan suasana yang dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram.

elemen grafik
Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual. Antara elemen asas reka bentuk Grafik terdiri daripada Ruang (Space), Garis ( Line ), Permukaan (Surface), Bentuk dua dimensi (Shape), Bentuk tiga dimensi (Form) dan Warna.
5.1 GRAFIK
1. Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @ citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P).
2. Grafik – suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk menyampaikan informasi @ mesej
3. Media elektronik – ‘grafik interakrif’ @ ‘grafik multimedia’
4. Multimedia – perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video.
PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK
FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN
1. Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yg berbeza.
2. Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.
5.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK
1. Titik
- penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang. - tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.
2. Garisan - percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. - kombinasi gari membentuk imej 2D dan 3D.
Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.
3. Permukaan - beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. - contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).
4. Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
5. Ruang - kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda.
refleksi
Selain itu, saya juga membuat catatan mengenai tajuk ini di dalam buku nota saya. Sebelum ini, saya hanya mengetahui serba sedikit mengenai asas grafik. Walau bagaimanapun, selepas mempelajari tajuk ini, saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya. Di samping itu, saya agak tertarik dengan tajuk ini kerana penerangan yang diberikan oleh pensyarah, Pn. Rosnah menarik minat saya untuk lebih meminati bidang grafik. Asas grafik ini juga lebih kurang sama dengan reka bentuk visual. Sebelum ini, semasa di sekolah menengah, saya juga ada mengambil subjek tambahan iaitu Seni Pendidikan Visual dan oleh sebab itu, saya berminat tentang tajuk ini.

- Akal (kreativiti)
- Mata
- Tangan
- Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll)
- Komputer, dll.
FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN
1. Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yg berbeza.
2. Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.
5.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK
1. Titik
- penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang. - tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.
2. Garisan - percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. - kombinasi gari membentuk imej 2D dan 3D.
- Rupa geometri – rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap.
- Rupa organik – rupa-rupa yg bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yg tetap.
Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.
3. Permukaan - beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. - contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).
4. Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
5. Ruang - kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda.
- Ruang nyata – ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar bersifat 3D.
- Ruang tampak – ruang ilusi yg timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar, lukisan dll.
- Warna asas – Biru, Merah dan Kuning.
- Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah = Jingga.
- Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder.